Temuduga adalah
proses yang paling kritikal sekali di dalam proses permohonan pekerjaan.
Hal ini kerana, anda harus mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada
dari segi fizikal dan mental. Kali ini anda akan diberi tips menghadapi
18 soalan yang paling umum dan sukar di dalam sebah temuduga kerja.
1. Beritahu kami tentang diri anda?
Biasanya, soalan ini
adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk
menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu;
tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan
pengalaman kerja semasa.
2. Apa yang anda tahu mengenai kami?
Ketika anda diajukan
oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai
produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat,
objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah
organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk
mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda
bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan
keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi
tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu
syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan
organisasi serta minat anda terhadap organisasi.
3. Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?
Sebutkan prestasi dan
pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan
perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana
anda lakukannya.
4. Nyatakan
kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa
yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang
paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.
5. Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?
Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.
6. Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?
Berikan jawapan yang
berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga
sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam
oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan
kestabilan kewangan peribadi.
7. Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?
Berikan jawapan yang
ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon
itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda
menjawabnya.
8. Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?
Berikan jawapan yang
realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi
segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari
pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali
organisasi tersebut dan keperluannya.
9. Berapa lama ada akan bersama kami?
Beritahu kepada
penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi
tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan
mencapai matlamat organisasi bersama.
10. Dari CV anda, kami rasa anda terlalu berpengalaman bagi menjawat jawatan ini. Bagaimana pendapat anda?
Ini soalan perangkap.
Anda diharapkan untuk merendah diri namun percaya pada diri dengan
kemampuan anda. Cara terbaik menjawab soalan ini ialah katakan anda
perlukan masa untuk mengenali organisasi dengan lebih jauh sebelum
menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
11. Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang sebelum ini?
Anda sebaiknya
menjawab soalan ini denga jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika
hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimana pun, anda
sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu
menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan
tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.
12. Apa yang anda rasakan ketika harus berhenti dari pekerjaan anda?
Beritahu penemuduga
bahawa anda berasa bimbang namun tidak panik. Katakan bahawa anda telah
sedia menerima segala risiko demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai
untuk anda. Jangan menunjukkan anda lebih mementingkan kestabilan
kewangan.
13. Di dalam pekerjaan anda sebelumnya, apa yang anda suka? Dan apa yang anda tidak suka?
Berhati-hatilah dalam
menjawab soalan ini dan kemukakan perkara-perkara yang positif.
Nyatakan secara terperinci hal yang anda suka dan tidak suka. Jangan
menyebut tentang masalah peribadi. Jika prestasi anda teruk di dalam
pekerjaan sebelum ini, penemuduga akan bertanya-tanya mengapa anda
berada di sana. Hal ini akan menjejaskan profesionalisme anda.
14. Apa pendapat anda tentang ketua anda sebelumnya?
Soalan ini juga
hendaklah dijawab dengan berhati-hati. Jawablah soalan ini dengan
positif kerana bakal ketua anda akan merasakan anda akan mengata hal-hal
yang buruk tentangnya seperti apa yang anda lakukan terhadap bos anda
terdahulu.
15. Mengapa anda tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini adalah
soalan perangkap juga. Beritahu penemuduga bahawa inilah sebab anda
memohon jawatan di organisasi ini. Jangan bersikap defensif.
16. Berapa gaji yang anda inginkan?
Ini
soalan yang menarik, namun pastikan anda menyebut had angka misalnya
RM2,000 – RM2,500, yang anda yakin merupakan gaji yang sesuai atau anda
sendiri bertanya kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberi
untuk jawatan tersebut. Jika anda diajukan soalan ini pada awal sesi
temuduga, sebaiknya elakkan bertanya yang anda ingin tahu berapa banyak
tanggungjawab yang akan anda pegang di perusahaan tersebut sebelum
menjawab soalan gaji ini. Tegaskan bahawa anda mementingkan pekerjaan
dan bukan menjual standard anda.
17. Apa matlamat jangka panjang anda?
Untuk menjawab soalan
ini, anda perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan
dan matlamat mereka. Jawapan anda hendaklah seiring dengan matlamat dan
obejktif organisasi.
18. Berapa banyak kejayaan yang anda rasa anda telah capai?
Berikan jawapan yang
positif dan percaya pada diri, namun jangan memberikan jawapan yang
berlebih-lebih. Jangan membuat penemuduga berasa anda seorang yang suka
membesar-besarkan sesuatu.
No comments:
Post a Comment