Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia “kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?” Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.
“Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?”
“Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga….”
Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar
yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk
menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap
berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini
soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya
sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang
orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa….
Mustahil orang yang berusaha akan gagal!!
Kemudia mereka bertanya lagi
“Tapi saya dah belajar siang dan malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As… Kenapa?”
Jawapan saya mudah..
Macam mana anda tahu yang anda sudah berusaha bermati-matian??
Soalan di jawab dengan soalan. Sengaja!
Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa kerana tuhan itu
Maha Adil. Pada mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya. Walaupun
saya juga tidak pernah dapat straight As dalam mana mana
peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini, setelah berusaha
namunsaya mempunyai ramai kawan kawan yang mendapat staright As dalam
peperiksaan mereka.
Dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up
dalam pelajaran… (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini
semasa saya di tingkatan satu dahulu… ). Ingatlah saat kita berputs asa
itulah sebenarnya waktu kita benar benar akan gagal dalam apa yang kita
ceburi. Benar kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa
yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan
ataupun ini adalah sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukanNya.
Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Setakat hari ini
saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart tetapi
dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha pengasih dan tidak
mungkin akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan
oleh hambanya untuk berjaya hatta masuk ke syurga tuhan pun perlu usaha
(walaupun hakikatnya masuk syurga itu bukan kerana iman dan amalan kita
tetapi kerana RahmatNya). Maka, dari sinilah kita boleh melihat bahawa
memang tuhan menyuruh hambanya agar berusaha dengan gigih untuk mencapai
sesuatu yang mereka kehendaki. Capailah rahmat Allah itu dengan
berusaha bersungguh sungguh.
Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Firman Allah yang bermaksud :-
“Dan belanjakanlah (apa yang ada
pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap
bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan
kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya (berbuat baik).“
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Cubalah kita bermuhasabah, mengapa kita gagal mencapai matlamat yang
kita kehendaki dalam hidup ini terutamanya bagi mereka yang bergelar
pelajar, siswa atau siswi. Mungkin kita adalah seorang yang kaki study hard tetapi bukan kaki study smart. Siang malam kita berkepit dengan buku sahaja dan menghafal namun kosong dari memahami apa yang dibaca dan dihafal.
Dan apabila keluar keputusan kita berkata,
“Kenapa gagal lagi nih… mesti ada salah periksa”
“Mustahil aku boleh gagal, aku dah belajar sungguh-sungguh”
Mari kita tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart walaupun
mungkin tidak ramai pelajar cemerlang akan mengaku kaedah yang mereka
amalkan. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata
“tak de rahsia pun, baca jelah buku”.
“Saya bukan orang genius”
Bagi saya, ini adalah salah sama sekali. Mustahil hanya dengan baca
buku sahaja seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang.
Justeru, bukan hanya ‘genius’ seseorang itu dapat memiliki keputusan
yang cemerlang. Tetapi dengan usaha dan bijak dalam mengatur ‘strategi
pembelajaran’. Orang yang ditakdirkan memiliki tahap pemikiran yang agak
‘lambat’ juga mampu berjaya. Hanya dengan usaha dan tawakkal!
Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini. Saya tidak pernah memiliki perfect score
dalam apa jua subjek peperiksaan yang saya ambil namun saya yakin, jika
kita berusaha lebih kuat lagi, InsyaAllah kita pasti akan berjaya.
Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin dan teruskanlah berusaha
sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai.
Janganlah kita menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja di atas
semua yang terjadi jika kita gagal kerana tidak berusaha. Allah beri
kita pilihan samada mahu atau tidak untuk berjaya, sama ada ke arah
kebaikan atau kearah keburukan. Jika kita berusaha dengan cara yang
betul, mengatur strategi pembelajaran dengan sebaiknya, InsyaAllah kita
pasti tidak akan gagal.
Kita yang membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik
atau jahat. Sekiranya kita berfikir kita akan gagal sebelum bertindak,
maka sudah pasti kita akan gagal. Ingatkah kita kepada Thomas Edison
yang telah berjaya menghasilkan lampu? Cuba bayangkan jika Thomas Edison
berputus asa dalam proses menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini
akan bergelap , dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk
mengahsilkan lampu yang akan menerangi dunia. Maka, ubahlah mind setting’ kita, Allah
Maha Adil, setiap yang berusaha Allah tetap beri. Walaupun bukan yang
dia ingini tapi Allah tetap gantikan dengan apa yang dia perlukan.
Maka, tiada yang GAGAL jika berusaha. Hanya belum ada rezeki lagi untuk berjaya.
Dan apa yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa bersyukur
dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini walaupun apa yang kita
perolehi itu bukan yang kita inginkan. Terimalah ia dengan hati yang
terbuka dan berazam untuk dapatkan keputusan atau natijah yang lebih
baik pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Lebih baik gagal
setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk
meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir
usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha
Adil. Ingatlah satu pepatah
” What You give, you get back ”
“Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya”
Selamat Berusaha!
Sumber: Artikel iluvislam http:delfadzil.blogspot.com

No comments:
Post a Comment