Jika ini kebebasan yang ANDA IMPIKAN …. teruskan membaca. Kerana impian anda semakin hampir setiap kali anda membaca setiap huruf dalam website saya ni…. insyaAllah.
Ok, Dah. Jangan Buang Masa Lagi. Jom Kita Start….
Kalau anda pernah cuba jual barang kat FB, dan sambutannya hambar, suram dan menyedihkan…. relaks! Normal lah tu…. Perkara biasa. Problem tu boleh settle kalau tau rahsia psikologi pembeli dalam facebook nih.
Bila dah jumpa satu formula kejayaan, nak duplicate balik kejayaan tu tu dah jadi senang bagi saya. (sebab dah banyak kali try and error.)
So saya pun dah start mengajar kawan-kawan cara nak buat apa yang saya tau buat ni.
Contohnya Randy….lepas 5 hari belajar saja, beliau dah dapat buat jualan yang banyak..
Sekarang, dalam website ni, saya akan bagi terus formula tersebut pada anda, supaya anda tak perlu lalui keperitan selama bertahun lamanya macam saya. Dan YA, saya kongsi secara 100% percuma tanpa saya nak minta balasan. Ikhlas! Jadi teruskan membaca!
Kepercayaan Karut Internet
Kalau anda penah cuba-cuba buat bisnes online… anda pun patut dah tahu. Banyak ‘indah kabar dari rupa kan?’
Sebab bila tengok orang lain buat, nampak macam kencang…
tapi bila diri sendiri cuba… asyik buang duit dan buang kederat dan buang masa je….
Kekadang, ada jugak terasa macam nak sumbat kepala dalam mesin potostet macam braderr kita ni kan?
Hehe… sabar….
Sebenarnya, ada lah tu sebab musababnya sebab apa belum dapat kejayaan yang kita mahu lagi.
Biasanya, sebab kita cuba dengan ilmu yang belum cukup di dada.
Contohnya macam ilmu menjual dalam FB nih.
Orang kata, FB nih tempat ramai orang melepak. Berjuta-juta orang
dalam Facebook. Patutnya senanglah nak buat duit dalam FB ni kan?
Ya ke?
Hehe…ya! Memang betul lah, dalam FB memang ramai orang.
Tapi…
- Orang masuk FB sebab nak melepak, bukan sebab nak membeli
- Orang masuk FB sebab nak relax…bukan untuk berfikir atau kena buat keputusan
- Orang masuk FB sebab nak berhibur...bukan nak belajar
Kalau anda masuk ke shopping mall, anda memang sudah berniat untuk shopping.
Tapi di FB, orang bukan masuk ke situ dengan niat nak membeli.
Jadi nak menjual dalam FB nih, takda lah semudah yang kita sangka.
Ada lah cara dan seni dia.
Ada juga sains dan pengiraan matematik di sebalik nya.
Anda mesti faham formula untuk tukar mood orang yang sedang melepak, ke mood untuk nak shopping!
Ada lah… formula untuk dapatkan respons dari pembeli yang tak sabar-sabar macam ni…
Saya
Boleh Tunjuk Cara Bina Bisnes Facebook Yang Sahih, Halal, Serius dan
Berkekalan …. 100% Secara Online Supaya Anda Boleh Rasa Sendiri
Lifestyle Bebas dan Mewah Yang Anda Idamkan Selama Ini
(tanpa modal besar, tanpa kerja penat, dan boleh buat dari rumah)
Okay lah… takyah la kita buang masa lagi.
Ini Formula Sulit yang anda perlukan supaya orang TAK SABAR-SABAR nak membeli produk anda….
Rahsia 1: Jangan Syok Sendiri!
Dulu banyak kali saya baring atas katil sambil berfikir…. “produk apa yang boleh dijual di Facebook?”
Lepaih tu…bila terjumpa satu produk…. mula lah syok sendiri. Kononnya
boleh laku lah. Main hentam kromo ikut sedap hati sendiri je… Tak buat
kajian pasarang langsung!
Ya lah, dalam Facebook kan ada 500 juta orang. Takkan TAKDA SORANG pun tak tersangkut nak beli kan?
Saya pun dengan penuh semangat buat website cantik-cantik, buat
promosi besar-besaran, dan banyak lagi benda yang makan masa sampai
berbulan-bulan baru siap.
Hasilnya?
Heh.
Sakit hati.
Dipendekkan cerita, sebelum start cari produk, cari dulu pasaran apa yang memang terbukti laku, terutamanya dalam Facebook.
Sekarang ni…setiap kali saya terjumpa satu produk, saya akan tanya diri sendiri…
“Adakah RAMAI orang fikir pasal benda ni tiap-tiap hari?”
Contohnya…bola bowling. Adakah orang terfikir nak beli bola bowling tiap-tiap hari?
Tak.
Ok, macamana pula dengan T-shirt?
Tak jugak.
Ok…macamana dengan bagaimana nak kuruskan badan?
Hmm, mungkin. Mungkin setiap kali dia terpandang cermin… atau setiap kali mengah memanjat tangga!
Jadi saya pun mula buat senarai benda-benda yang mungkin orang dok fikir setiap hari. Dan ini antara senarai yang saya ada:
- Badan gemuk sangat, rasa tak hensem, tak lawa, dah buhhsan setiap kali nak ambik gambar kena tarik nafas untuk control perut
- Bagi wanita, nak nampak cantik anggun dan bergaya. Nak juga ‘merasai’ perasaan kalau orang terpikat lagi (walaupun bukan berniat nak memikat)
- Bagi ibu-bapa, mereka tiap-tiap hari pikir pasal anak mereka (pendidikan, kecomelan, kesihatan, dll)
- Apa nak makan hari ni..
- Masalah hutang, takda duit, takda saving
- Kerja penat, bosan dengan kerja, menyampah dengan boss, sakit hati dengan trafik jam
Anda mesti Jual Apa Yang RAMAI orang Fikirkan dan renungkan Tiap-Tiap Hari!
Rahsia 2: Padankan Produk Power Tersebut Dengan Orang Yang BETUL!
Kalau nak jual ubat kuruskan badan, maka kenalah padankan dengan
orang yang ada masalah berat badan. Mana mungkin orang yang dah kurus
akan beli.
Kalau nak jual pelaburan emas, kena lah padankan dengan pelabur saham
atau unit trust. Kalau dah jenis tak suka melabur tu…memang tak melabur
jugak!
Reason dia simple:
Kalau kita cari orang yang memang dah minat nak beli, kita dah tak payah susah-susah nak pujuk untuk beli. Diorang dah percaya dah pun.
Habis tu, macamana nak cari orang yang ada masalah berat badan?
Kat sini kita boleh guna logik akal. Mungkin orang yang ada masalah
obesiti suka tengok rancangan realiti TV: The Biggest Loser kan?
Jadi kita boleh cari diorang dalam Facebook:
Jadi dalam FB, secara kasar ada lebih kurang 36,300 rakyat Malaysia
yang mungkin ada masalah berat badan, dan mahu penyelesaian segera.
Langkah seterusnya adalah, menghubungi mereka dengan mesej yang tepat dan sesuai dengan keadaan dan situasi.
Rahsia 3: Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta
Jom Kita Pukul Dia.
Jom Kita TERAJANG Dia.
Jom Kita TERAJANG Dia.
Ayat mana satu yang lebih tarik perhatian anda?
Words have power.
Setiap perkataan ada nilai sendiri.
“Pukul” – mungkin bernilai RM10.
“TERAJANG” – bernilai RM90!
Perkataan yang nilainya kecil, takkan mendapatkan respons prospek.
Cuba tengok iklan yang hambar, membosankan dan tiada respon ni:
Tapi dengan mesej yang berpengaruh….respon prospek boleh jadi GILA macam ni…
Tapi satu ‘key’ penting adalah, mesej berpengaruh tu… mesti sesuai khas untuk target market yang sangat spesifik.
Contohnya:
Ubat kurus berkesan.
Ubat kurus berkesan untuk lelaki.
Ubat kurus berkesan untuk Eksekutif IT yang selalu bekerja depan komputer.
Jika anda seorang Eksekutif IT, dan anda
mengalamai masalah berat badan, dan anda ternampak ketiga-tiga iklan ini
… iklan yang mana satu yang anda akan pilih?
Tepuk dada, tanya mesej power.
Rahsia 4: Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli
Saya ni pemalas.
Kebanyakan orang pun, pemalas. Sifat manusia. Pemalas.
Jadi kita kena memudahkan semudah mungkin cara prospek kita nak respon pada iklan kita.
Ramai yang buat kesilapan dengan seribu macam arahan yang mengelirukan:
“Mula-mula, bayar ke akaun bank XYZ. Nombor akaun 133434134234342.
Kemudian, sila isi borang ini. Kemudian, sila bagi bukti pembayaran.
Jangan lupa emailkan sekali semua tu.
Dan kalau nak cepat, SMS <nama> <produk> <alamat> ke 012 xxx xxxx”.
FUH!!!
Banyakknya step!
Mengikut statistik, 90% dari prospek yang memang dah BERNIAT nak beli…tapi bila sampai je part nak kena buat banyak kerja tu… diorang give up. 90% tukar fikiran dan putus asa untuk beli…kerana malas nak ambil terlalu banyak langkah pembelian!
Mudahkan cara prospek anda nak response.
So macamana?
Itulah dia, 4 cara untuk buat orang tak sabar-sabar nak membeli produk anda di Facebook. Boleh buat kan?
No comments:
Post a Comment