Wednesday, 25 September 2013

KESILAPAN BUKAN JALAN MATI PERNIAGAAN


KESILAPAN BUKAN JALAN MATI PERNIAGAAN

 


Kesilapan yang dibuat semasa menjalankan perniagaan itu kadang-kadang kecil dan kadangkala kesilapan yang agak besar. Namun, dengan pemikiran yang betul, anda boleh menukar kesilapan-kesilapan anda dan pekerja-pekerja anda ke dalam bentuk peluang untuk belajar dan meningkatkan prestasi masa hadapan.
Berikut adalah cara untuk memahami kesalahan dan bagaimana mendapatkan faedah dari mana-mana kesilapan anda:

1)    Mengaku dan usah menafikan

Perkara pertama yang perlu dilakukan setelah anda kesilapan adalah mengaku. Sesungguhnya penafian itu akan mendedahkan anda kepada kesilapan berulang. Pupuklah budaya keterbukaan, kejujuran, dan tanggungjawab terhadap perniagaan melalui contoh dan tingkah laku anda sendiri.

2)    Kaji bagaimana kesilapan itu boleh berlaku. Timbulkan persoalan untuk menentukan puncanya;

* Adakah saya/kami meletakkan harapan yang terlalu tinggi tentang perkara yang ingin dicapai?
* Adakah saya/kami membuat keputusan berdasarkan anggapan yang salah?
* Adakah saya/kami melaksanakan tugas dengan betul selepas membuat keputusan yang betul?
* Adakah saya/kami cukup bersedia untuk mengambil tindakan?
Matlamat dalam bertanya soalan- soalan yang berkaitan adalah untuk memahami proses pemikiran anda sambil mengkaji kembali tindakan anda, langkah demi langkah yang membolehkan anda untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam pemikiran anda.

3)    Ambil pandangan orang luar

Kadang-kadang sukar menilai tindakan diri sendiri. Apa salahnya kita ambil pandangan, pemikiran serta ideologi orang lain yang tidak terlibat dalam perniagaan anda. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan sehabis baik. Satu analisis yang mantap akan mematangkan diri anda agar bersikap lebih strategik pada masa hadapan.
Motivate

4)     Belajar daripada orang lain

Terdapat banyak mendapat manfaat sekiranya kita mengambil teladan daripada kesilapan ahli perniagaan lain. Cuba kaji dalam bentuk carian web, paparan blog, artikel serta sebarang jenis isu yang berkaitan. Hasilnya nanti anda akan dapati bahawa orang lain turut pernah berada dalam situasi yang sama dan pasti ada jalan penyelesaian yang sebaiknya untuk anda.

5)     Aplikasikan apa yang telah anda pelajari

Selepas melakukan beberapa kajian dan analisis, anda perlu mempunyai penyelesaian yang cukup baik daripada kesilapan lalu. Sekarang anda mempunyai maklumat yang berharga untuk menggunakan masa depan syarikat dalam menghadapi keputusan yang penting

6)    Bergerak!

Kesilapan-kesilapan yang terjadi mungkin akan menghantui anda. Walau bagaimanpun, anda perlu bersikap lebih realistik dan positif. Akuilah bahawa sekalipun ada kesilapan yang timbul namun perniagaan anda akan terus berjalan sambil disokong tenaga kerja yang sangat prihatin. Motivasi anda yang tinggi berpaksikan sifat tidah mudah putus asa akan menjadikan perniagaa anda lebih kukuh, lebih berdaya saing dan tidak lagi cenderung untuk membuat kesilapan yang sama dua kali.

Monday, 23 September 2013

Tips Menjawab 18 Soalan Sulit Ketika Temuduga

Temuduga adalah proses yang paling kritikal sekali di dalam proses permohonan pekerjaan. Hal ini kerana, anda harus mempersiapkan diri dengan sebaiknya samada dari segi fizikal dan mental. Kali ini anda akan diberi tips menghadapi 18 soalan yang paling umum dan sukar di dalam sebah temuduga kerja.
 
1.     Beritahu kami tentang diri anda?

Biasanya, soalan ini adalah soalan pembuka. Oleh itu, jangan habiskan masa terlalu lama untuk menjawabnya. Berikan jawapan yang dari segi empat perkara ini, iaitu; tahun-tahun terakhir pendidikan, pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa.
 
2.     Apa yang anda tahu mengenai kami?
Ketika anda diajukan oleh soalan ini, anda diharapkan oleh penemuduga untuk mengulas mengenai produk atau perkhidmatan, keuntungan, reputasi, pandangan masyarakat, objektif, masalah, gaya pengurusan, kakitangan, sejarah dan falsafah organisasi. Berikan jawapan yang menunjukkan anda meluangkan masa untuk mencari maklumat mengenai organisasi tersebut. Tetapi janganlah anda bercakap seperti anda tahu semua tentang organisasi tersebut. Tunjukkan keinginan anda untuk mempelajari lebih banyak tentang organisasi tersebut, dan jangan memberikan jawapan yang negatif seperti “Saya tahu syarikat ini mengalami masalah”. Tekankan keunggulan dan kejayaan organisasi serta minat anda terhadap organisasi.
 
3.     Apa yang dapat anda berikan kepada kami (yang orang lain tidak boleh beri)?

Sebutkan prestasi dan pencapaian kerjaya yang telah anda capai. Sebutkan kemampuan dan perkara-perkara yang menarik perhatian penemuduga, nyatakan bagaimana anda lakukannya.
 
4.     Nyatakan kemampuan anda menentukan kepentingan, mengenalpasti masalah, dan apa yang paling menarik bagi anda bagi jawatan yang dipohon? Dan apa yang paling tidak menarik?
Sebutkan tiga atau empat faktor menarik dari pekerjaan yang anda ingin miliki ini dan satu faktor yang kurang menarik bagi anda.
 
5.     Mengapa kami harus mengambil anda bekerja?
Soalan ini sama seperti soalan nombor empat tadi, sebutkan sahaja kelebihan diri anda yang mampu menyokong organisasi ini.
 
6.     Apa yang anda cari di dalam sesuatu pekerjaan?

Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi. Beritahu penemuduga sekiranya anda ingin memberikan sumbangan dan dikenali di dalam oragnisasi di masa akan datang. Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.
 
7.     Bagi anda, apa definisi dari jawatan yang anda pohon ini?
Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang anda pohon itu. Pastikan anda tahu mengenai jawatan tersebut sebelum anda menjawabnya.
 
8.     Berapa lama waktu yang anda perlukan untuk memberikan sumbangan bermakna kepada kami?
Berikan jawapan yang realistik. Beritahukan penemuduga, walaupun anda akan berusaha mengatasi segala harapan orang atasan kepada anda dan mendapat kritikan dari hari pertama, anda memerlukan sekitar enam bulan untuk betul-betul mengenali organisasi tersebut dan keperluannya.
 
9.     Berapa lama ada akan bersama kami?
Beritahu kepada penemuduga bahawa anda sangat berminat bekerja bersama oragnisasi tersebut. Anda mahu bersama-sama menghadapi segala kesukaran, dugaan dan mencapai matlamat organisasi bersama.
 
10.  Dari CV anda, kami rasa anda terlalu berpengalaman bagi menjawat jawatan ini. Bagaimana pendapat anda?

Ini soalan perangkap. Anda diharapkan untuk merendah diri namun percaya pada diri dengan kemampuan anda. Cara terbaik menjawab soalan ini ialah katakan anda perlukan masa untuk mengenali organisasi dengan lebih jauh sebelum menjadi cekap untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
 
11.  Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda yang sebelum ini?

Anda sebaiknya menjawab soalan ini denga jujur namun ringkas dan jelas termasuk jika hal anda dipecat dari pekerjaan sebelum ini. Walaubagaimana pun, anda sebaiknya jangan menyebut tentang konflik peribadi. Anda perlu menjangkakan bahawa penemuduga mungkin akan bertanya banyak soalan tentang masalah ini, jangan sampai anda beremosi.
 
12.  Apa yang anda rasakan ketika harus berhenti dari pekerjaan anda?

Beritahu penemuduga bahawa anda berasa bimbang namun tidak panik. Katakan bahawa anda telah sedia menerima segala risiko demi mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk anda. Jangan menunjukkan anda lebih mementingkan kestabilan kewangan.
 
13.  Di dalam pekerjaan anda sebelumnya, apa yang anda suka? Dan apa yang anda tidak suka?
Berhati-hatilah dalam menjawab soalan ini dan kemukakan perkara-perkara yang positif. Nyatakan secara terperinci hal yang anda suka dan tidak suka. Jangan menyebut tentang masalah peribadi. Jika prestasi anda teruk di dalam pekerjaan sebelum ini, penemuduga akan bertanya-tanya mengapa anda berada di sana. Hal ini akan menjejaskan profesionalisme anda.
 
14.  Apa pendapat anda tentang ketua anda sebelumnya?
Soalan ini juga hendaklah dijawab dengan berhati-hati. Jawablah soalan ini dengan positif kerana bakal ketua anda akan merasakan anda akan mengata hal-hal yang buruk tentangnya seperti apa yang anda lakukan terhadap bos anda terdahulu.
 
15.  Mengapa anda tidak mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini adalah soalan perangkap juga. Beritahu penemuduga bahawa inilah sebab anda memohon jawatan di organisasi ini. Jangan bersikap defensif.
 
16.  Berapa gaji yang anda inginkan?

Ini soalan yang menarik, namun pastikan anda menyebut had angka misalnya RM2,000 – RM2,500, yang anda yakin merupakan gaji yang sesuai atau anda sendiri bertanya kepada penemuduga berapa had gaji yang akan diberi untuk jawatan tersebut. Jika anda diajukan soalan ini pada awal sesi temuduga, sebaiknya elakkan bertanya yang anda ingin tahu berapa banyak tanggungjawab yang akan anda pegang di perusahaan tersebut sebelum menjawab soalan gaji ini. Tegaskan bahawa anda mementingkan pekerjaan dan bukan menjual standard anda.
  
17.  Apa matlamat jangka panjang anda?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan dan matlamat mereka. Jawapan anda hendaklah seiring dengan matlamat dan obejktif organisasi.
 
18.  Berapa banyak kejayaan yang anda rasa anda telah capai?
Berikan jawapan yang positif dan percaya pada diri, namun jangan memberikan jawapan yang berlebih-lebih. Jangan membuat penemuduga berasa anda seorang yang suka membesar-besarkan sesuatu.

Idea Bisnes Dengan Modal Bawah RM1000

Bajet ada 1k saja? Tapi hati berkobar-kobar nak buat bisnes?

Ini antara idea-idea yang anda boleh cuba dengan modal 1k...

ok,jangan buang masa lagi,jom baca...

           Di Malaysia, kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan sendiri dilihat sebagai salah satu cara yang paling mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang itu. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang memerlukan modal yang kecil.
           Pernah seorang sahabat mengajukan saya soalan sebegini:
“Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku?”

Otak saya ligat mencari jawapan yang sesuai. Pada fikiran saya, mungkin tidak banyak perniagaan yang boleh diceburi. Kalau boleh, saya hanya akan menjawab ringkas: simpan sahaja wang itu dalam ASB agar dapat keuntungan tahunan. Tiada risiko kerugian dalam perniagaan. Namun, sebagai seorang sahabat saya ingin memberi suntikan semangat kepadanya. Lantas saya teringat akan beberapa jenis perniagaan yang diceburi usahawan kecil yang mampu untuk memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dan mendapat keuntungan bulanan yang lumayan.

(1) Perniagaan Pencetakan dan Jualan Cenderahati

Perniagaan pencetakan mungkin merupakan salah satu contoh perniagaan yang boleh memberi keuntungan yang lumayan. Ada kalanya mencecah antara 50% sehingga 300%. Bila menyebut perihal perniagaan pencetakan, umum mengetahui yang ia tidak hanya terhad kepada T-Shirt, malahan pencetakan kad perkahwinan, bunting, kad nama atau dokumen bisnes sentiasa mendapat sambutan.
Selain daripada bakal mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, usahawan juga boleh memulakan perniagaan tanpa perlu modal yang besar atau terpaksa membuka premis perniagaan. Kebanyakan usahawan pencetakan ini bekerja dari rumah dan melakukannya secara sambilan. Daripada aspek potensi perniagaan pula, permintaan pelanggan sentiasa ada. Ada kalanya pelanggan ini datang secara bermusim, contohnya pada musim cuti persekolahan, ramai yang memerlukan khidmat mencetak kad kahwin. Sudah tentu setiap satu pesanan adalah dalam kuantiti yang banyak lantas menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi .
Ada juga usahawan kecil yang berminat untuk menyediakan khidmat membuat button badge.  Bermodalkan kurang daripada RM 1,000 usahawan tadi sudah boleh membeli peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan button badge mereka. Bisnes button badge ini memang menguntungkan. Bayangkan harga kos untuk membuat seunit badge ini tadi tidak sampai 50 sen, dan ada antara usahawan yang mengenakan harga setinggi RM3.80 untuk seunit badge!
Bagi mereka yang kreatif, tentu sekali boleh menggabungkan kreativiti mereka dan kepakaran yang ada dalam bidang pencetakan dan seterusnya menceburi bidang jualan cenderahati pula. Cenderahati yang unik dan menarik memang menjadi pilihan untuk majlis korporat, majlis perkahwinan, jamuan ulang tahun atau majlis-majlis sosial yang lain.  Kebanyakan cenderahati ini akan disesuaikan mengikut tema majlis dan kehendak pelanggan.  Ada juga yang lebih berani untuk terjun ke dalam bidang perancangan majlis dengan membekalkan keperluan dekorasi dan cenderahati untuk majlis-majlis sosial berukuran kecil ke sederhana.

(2)Perniagaan Telefon Bimbit dan Aksesori Telekomunikasi

Mengikut statistik pengguna telefon bimbit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2012, penduduk di negara ini mencatatkan pemilikan telefon bimbit yang amat tinggi.  Malaysia mencatat penggunaan 119.2 telefon bimbit bagi setiap 100 penduduknya, berbanding negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun, masing-masing mencatat 95.4 dan 89.9 telefon bimbit bagi setiap 100 penduduknya.

Jelas sekali industri telekomunikasi di negara kita amat berpotensi besar dan dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi. Oleh itu, bagi mereka yang cenderung dalam bidang telekomunikasi, mungkin akan berminat untuk menjadi penjual telefon bimbit dan aksesorinya seperti kabel, pengecas, pen telefon pintar atau komputer tablet, pelindung skrin ataupun sarung telefon bimbit, ipad atau komputer tablet.
Untuk memulakan perniagaan, sebaik-baiknya usahawan tadi perlu mendalami teknik membaik pulih peralatan telekomunikasi.  Usahawan juga perlu mempelajari cara mengenal pasti sama ada aksesori yang akan dijual itu adalah tiruan atau benar-benar tulen.  Selepas itu, daftarkan perniagaan tadi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dapatkan lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran. Stok barangan boleh diperoleh daripada pembekal sendiri ataupun membeli secara borong dengan syarikat-syarikat perniagaan yang besar seperti yang terdapat di Low Yat. Sekiranya berminat untuk menjual kad prabayar, maka daftarkan perniagaan tadi terus dengan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom dan Maxis untuk mendapat harga promosi dan insentif yang lebih baik.

Sememangnya memulakan perniagaan aksesori telefon bimbit ini tidak memerlukan modal yang besar, namun keuntungan yang diperoleh sudah tentunya tinggi sekiranya lokasi perniagaan anda adalah strategik. Contoh kawasan yang sesuai adalah kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi terutamanya bila terdapat ramai bangsa asing, contohnya mereka yang berasal dari Indonesia, Bangladesh dan Vietnam menetap di situ. Sekiranya terdapat persaingan, maka pastikan harga barangan yang dijual adalah murah jika berbanding dengan kedai-kedai lain.

(3)Kiosk Makanan

Terdapat syarikat-syarikat jualan makanan yang menawarkan pakej jualan makanan berkonsep mudah alih dengan harga yang berpatutan.  Usahawan berupaya menukar kiosk niaga yang mungkin hanya sebesar 1.5 meter x 1.5 meter kepada sumber pendapatan lumayan.  Kiosk mudah alih ini mudah untuk dipasang dan boleh dibuka di tempat tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli belah, majlis keramaian, restoran, majlis katering, pasar malam, bazar atau ekspo dan juga di medan selera.

Selain tiada bayaran francais atau caj tersembunyi, perniagaan seperti ini mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ia juga menawarkan potensi keuntungan maksimum dan keperluan tenaga kerja yang minimum. Ada juga antara syarikat-syarikat yang menawarkan pakej permulaan perniagaan berkonsep kiosk ini. Mereka akan menawarkan latihan dan teknik memasak secara percuma untuk memastikan usahawan berkebolehan dalam mengendalikan kiosk makanan tersebut.

(4)Perniagaan Ice Blended



Kalau cuaca terik, perniagaan ice blended memang akan laris bak goreng pisang panas.  Untuk memulakan perniagaan ice blended ini, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah peralatan yang akan digunakan seperti mesin pengisar, payung, meja kerja, serbuk perasa, bekas untuk mengisi serbuk perasa dan juga keperluan lain. Terdapat juga pakej dengan harga yang menarik ditawarkan oleh syarikat persendirian untuk mereka yang berminat.
Terdapat beberapa keistimewaan perniagaan ice blended ini, antaranya ialah perniagaan ini sangat mudah. Kurang risiko pembaziran kerana serbuk yang digunakan tidak mudah rosak atau basi.  Ice blended juga sangat mudah dijual.  Kebanyakan usahawan akan menjalankan operasi perniagaan di tempat tumpuan orang ramai seperti di sekitar kawasan sekolah, kawasan perumahan, tapak ekspo dan karnival, pasar tani dan juga pasar malam. Dibantu dengan cuaca Malaysia yang agak panas, tidak hairan jika ada usahawan ice blended yang mendapat keuntungan melebihi RM5,000 sebulan.

(5)Perniagaan Produk Makanan



Di Malaysia, perniagaan produk makanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat.  Bisnes jualan makanan boleh dilakukan di rumah, kedai atau pun di kiosk.  Ada juga usahawan yang menjual produk mereka di pasar tani dan pasar malam.  Di pasar raya besar juga sudah banyak yang turut membekalkan produk makanan yang halal.
Produk makanan yang sentiasa laris di pasaran terdiri daripada produk konfeksioneri seperti roti, kek dan biskut serta produk sejuk beku contohnya karipap, nugget, bebola ikan, daging atau ayam, popia, sosej, daging kisar dan pau segera.

Bagi produk konfeksioneri, usahawan boleh menerima tempahan untuk majlis keramaian ataupun upacara sambutan hari perayaan.  Ada usahawan yang bertindak lebih agresif dengan mempromosikan produk makanan mereka di pejabat atau syarikat bagi jamuan mesyuarat, sesi ceramah atau sebagai hidangan minum petang. Walau pun sesetengah pejabat atau syarikat memiliki kantin dan kafeteria mereka sendiri, namun ada kalanya mereka lebih gemar untuk mendapatkan khidmat usahawan produk makanan daripada pihak luar untuk menukar cita rasa mereka sendiri.

Untuk memulakan bisnes pembuatan produk makanan, apa yang perlu ada dalam diri usahawan adalah kemahiran untuk memproses produk, teknik pengendalian yang betul dan strategi pemasaran yang baik. Sediakan khidmat pesanan dan penghantaran produk kepada pelanggan, demi untuk menambat hati mereka. Adalah sangat penting bagi seseorang usahawan untuk memastikan setiap maklum balas daripada pelanggan dan pekerja diambil perhatian untuk mengatasi dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.  Etika kerja dan amalan murni yang berterusan dapat menjamin perniagaan produk makanan ini agar kekal lama dalam pasaran.

Kesimpulan
Apabila berbicara perihal memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, maka saya akan sentiasa teringat kisah pengasas Boon Siew Honda, mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang telah memulakan perniagaannya dengan membeli 11 unit bas dengan wang simpanannya RM 2,000. Bas ini kemudiannya dibaikinya sendiri dan dijual dengan harga RM 12,000 setiap satu.  Begitu juga dengan tokoh usahawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang memulakan perniagaan jual beli lembu dan kerbau seawal usia 19 tahun dengan hanya berbekalkan modal yang sangat kecil.
Nasihat saya, sekiranya modal kecil yang anda ada, maka mulakan dengan bisnes kecil.  Pilih bisnes yang sesuai dengan diri anda.  Jadilah seorang yang komited agar permulaan yang kecil ini boleh menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya.

 Haa,AMACAM???? NAK BERNIAGA KE IDOKK?? TEPUK DADA TANYA HATI YEEE.. 


sumber  :  http://www.usahawan.com/idea-bisnes/idea-bisnes-dengan-modal-bawah-rm1000.html

RAHSIA BISNES CARA RASULULLAH S.A.W

Rasulullah SAW adalah manusia yang MULIA, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. 

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.

Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.

Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun. 

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.


Tidak Pernah Berdebat


Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

Sentiasa Senyum


Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu


Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.

Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.
Wallahualam.

Sunday, 22 September 2013

Kenapa Aku Masih Gagal ?????

 
Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia “kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?” Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.
“Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?”
“Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga….
Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan bahawa….
Mustahil orang yang berusaha akan gagal!!
                                                  Kemudia mereka bertanya lagi
“Tapi saya dah belajar siang dan malam, bermati-matian tapi masih lagi gagal untuk dapat straight As… Kenapa?”
 Jawapan saya mudah..
Macam mana anda tahu yang anda sudah berusaha bermati-matian??
Soalan di jawab dengan soalan. Sengaja!
Teruskan bersusaha dan jangan sesekali putus asa kerana tuhan itu Maha Adil. Pada mereka yang berusaha pasti mereka akan berjaya. Walaupun saya juga tidak pernah dapat straight As dalam mana mana peperiksaan dalam hidup saya sehingga ke hari ini, setelah berusaha namunsaya mempunyai ramai kawan kawan yang mendapat staright As dalam peperiksaan mereka.
Dan apa yang saya perhatikan ialah mereka tidak pernah give up dalam pelajaran… (alangkah baiknya kalau saya menyedari hakikat ini semasa saya di tingkatan satu dahulu… ). Ingatlah saat kita berputs asa itulah sebenarnya waktu kita benar benar akan gagal dalam apa yang kita ceburi. Benar kejayaan itu memang sangat sukar untuk dicapai tetapi apa yang penting ialah kita berusaha untuk mendapatkannya.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka gagal kerana diuji oleh tuhan ataupun ini adalah sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukanNya. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Setakat hari ini saya belum pernah jumpa pelajar yang study hard and study smart tetapi dalam mana mana exam yang diambil. Tuhan itu maha pengasih dan tidak mungkin akan menghampakan perasaan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh hambanya untuk berjaya hatta masuk ke syurga tuhan pun perlu usaha (walaupun hakikatnya masuk syurga itu bukan kerana iman dan amalan kita tetapi kerana RahmatNya). Maka, dari sinilah kita boleh melihat bahawa memang tuhan menyuruh hambanya agar berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang mereka kehendaki. Capailah rahmat Allah itu dengan berusaha bersungguh sungguh.
Sesungguhnya Allah amat suka kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Firman Allah yang bermaksud :-
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik).
(Surah Al-Baqarah ayat 195)
Cubalah kita bermuhasabah, mengapa kita gagal mencapai matlamat yang kita kehendaki dalam hidup ini terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar, siswa atau siswi. Mungkin kita adalah seorang yang kaki study hard tetapi bukan kaki study smart. Siang malam kita berkepit dengan buku sahaja dan menghafal namun kosong dari memahami apa yang dibaca dan dihafal.
Dan apabila keluar keputusan kita berkata,
“Kenapa gagal lagi nih… mesti ada salah periksa”
“Mustahil aku boleh gagal, aku dah belajar sungguh-sungguh”
Mari kita  tanya kepada pelajar-pelajar cemerlang bagaimana mereka study smart walaupun mungkin  tidak ramai pelajar cemerlang akan mengaku kaedah yang mereka amalkan. Setiap kali saya tanya pelajar cemerlang, mereka pasti kata
“tak de rahsia pun, baca jelah buku”.
“Saya bukan orang genius”
Bagi saya, ini adalah salah sama sekali. Mustahil hanya dengan baca buku sahaja seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Justeru, bukan hanya ‘genius’ seseorang itu dapat memiliki keputusan yang cemerlang. Tetapi dengan usaha dan bijak dalam mengatur ‘strategi pembelajaran’. Orang yang ditakdirkan memiliki tahap pemikiran yang agak ‘lambat’ juga mampu berjaya. Hanya dengan usaha dan tawakkal!

Saya pun sering kali gagal mencapai matlamat study saya sehingga ke hari ini. Saya tidak pernah memiliki perfect score dalam apa jua subjek peperiksaan yang saya ambil namun saya yakin, jika kita berusaha lebih kuat lagi, InsyaAllah kita pasti akan berjaya. Teruskan berusaha semaksimum yang mungkin dan teruskanlah berusaha sampai bila- bila kerana kejayaan itu memang bukan mudah untuk dicapai.
Janganlah kita menyalahkan takdir ataupun sesiapa sahaja di atas semua yang terjadi jika kita gagal kerana tidak berusaha. Allah beri kita pilihan samada mahu atau tidak untuk berjaya, sama ada ke arah kebaikan atau kearah keburukan. Jika kita berusaha dengan cara yang betul, mengatur strategi pembelajaran dengan sebaiknya, InsyaAllah kita pasti tidak akan gagal.
Kita yang membenarkan pemikran kita dikuasai oleh perkara yang baik atau jahat. Sekiranya kita berfikir kita akan gagal sebelum bertindak, maka sudah pasti kita akan gagal. Ingatkah kita kepada Thomas Edison yang telah berjaya menghasilkan lampu? Cuba bayangkan jika Thomas Edison berputus asa dalam proses menghasilkan lampu, nescaya pasti dunia ini akan bergelap ,  dia tetap berusaha sehingga 1000 kali untuk mengahsilkan lampu yang akan menerangi dunia. Maka, ubahlah mind setting’ kita, Allah Maha Adil, setiap yang berusaha Allah tetap beri. Walaupun bukan yang dia ingini tapi Allah tetap gantikan dengan apa yang dia perlukan.
Maka, tiada yang GAGAL jika berusaha. Hanya belum ada rezeki lagi untuk berjaya.
Dan apa yang lebih penting ialah kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dalam hidup ini walaupun apa yang kita perolehi itu bukan yang kita inginkan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan berazam untuk dapatkan keputusan atau natijah yang lebih baik pada masa akan datang. Jangan mudah putus asa. Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah
” What You give, you get back ”
“Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya”
Selamat Berusaha!
Sumber: Artikel iluvislam http:delfadzil.blogspot.com

4 Cara Mudah Buat Orang Tak Sabar Beli Produk Anda di FB

Jika ini kebebasan yang ANDA IMPIKAN …. teruskan membaca. Kerana impian anda semakin hampir setiap kali anda membaca setiap huruf dalam website saya ni…. insyaAllah.

Ok, Dah. Jangan Buang Masa Lagi. Jom Kita Start….

Kalau anda pernah cuba jual barang kat FB, dan sambutannya hambar, suram dan menyedihkan…. relaks! Normal lah tu…. Perkara biasa. Problem tu boleh settle kalau tau rahsia psikologi pembeli dalam facebook nih.
Bila dah jumpa satu formula kejayaan,  nak duplicate balik kejayaan tu tu dah jadi senang bagi saya. (sebab dah banyak kali try and error.)
So saya pun dah start mengajar kawan-kawan cara nak buat apa yang saya tau buat ni.
Contohnya Randy….lepas 5 hari belajar saja, beliau dah dapat buat jualan yang banyak..


Sekarang, dalam website ni, saya akan bagi terus formula tersebut pada anda, supaya anda tak perlu lalui keperitan selama bertahun lamanya macam saya. Dan YA, saya kongsi secara 100% percuma tanpa saya nak minta balasan. Ikhlas! Jadi teruskan membaca!

Kepercayaan Karut Internet

Kalau anda penah cuba-cuba buat bisnes online… anda pun patut dah tahu. Banyak ‘indah kabar dari rupa kan?’
Sebab bila tengok orang lain buat, nampak macam kencang…
tapi bila diri sendiri cuba… asyik buang duit dan buang kederat dan buang masa je….
Kekadang, ada jugak terasa macam nak sumbat kepala dalam mesin potostet macam braderr kita ni kan?
Hehe… sabar….
Sebenarnya, ada lah tu sebab musababnya sebab apa belum dapat kejayaan yang kita mahu lagi.
Biasanya, sebab kita cuba dengan ilmu yang belum cukup di dada.
Contohnya macam ilmu menjual dalam FB nih.
Orang kata, FB nih tempat ramai orang melepak. Berjuta-juta orang dalam Facebook. Patutnya senanglah nak buat duit dalam FB ni kan?
Ya ke?
Hehe…ya! Memang betul lah, dalam FB memang ramai orang.
Tapi…
  • Orang masuk FB sebab nak melepak, bukan sebab nak membeli
  • Orang masuk FB sebab nak relax…bukan untuk berfikir atau kena buat keputusan
  • Orang masuk FB sebab nak berhibur...bukan nak belajar
Kalau anda masuk ke shopping mall, anda memang sudah berniat untuk shopping.
Tapi di FB, orang bukan masuk ke situ dengan niat nak membeli.
Jadi nak menjual dalam FB nih, takda lah semudah yang kita sangka.
Ada lah cara dan seni dia.
Ada juga sains dan pengiraan matematik di sebalik nya.
Anda mesti faham formula untuk tukar mood orang yang sedang melepak, ke mood untuk nak shopping!
Ada lah… formula untuk dapatkan respons dari pembeli yang tak sabar-sabar macam ni…
Saya Boleh Tunjuk Cara Bina Bisnes Facebook Yang Sahih, Halal, Serius dan Berkekalan …. 100% Secara Online Supaya Anda Boleh Rasa Sendiri Lifestyle Bebas dan Mewah Yang Anda Idamkan Selama Ini
(tanpa modal besar, tanpa kerja penat, dan boleh buat dari rumah)
 Okay lah… takyah la kita buang masa lagi.
Ini Formula Sulit yang anda perlukan supaya orang TAK SABAR-SABAR nak membeli produk anda….

Rahsia 1: Jangan Syok Sendiri!

Dulu banyak kali saya baring atas katil sambil berfikir…. “produk apa yang boleh dijual di Facebook?”
Lepaih tu…bila terjumpa satu produk…. mula lah syok sendiri. Kononnya boleh laku lah. Main hentam kromo ikut sedap hati sendiri je… Tak buat kajian pasarang langsung!
Ya lah, dalam Facebook kan ada 500 juta orang. Takkan TAKDA SORANG pun tak tersangkut nak beli kan?
Saya pun dengan penuh semangat buat website cantik-cantik, buat promosi besar-besaran, dan banyak lagi benda yang makan masa sampai berbulan-bulan baru siap.
Hasilnya?


Heh.
Sakit hati.
Dipendekkan cerita, sebelum start cari produk, cari dulu pasaran apa yang memang  terbukti laku, terutamanya dalam Facebook.
Sekarang ni…setiap kali saya terjumpa satu produk, saya akan tanya diri sendiri…
“Adakah RAMAI orang fikir pasal benda ni tiap-tiap hari?”
Contohnya…bola bowling. Adakah orang terfikir nak beli bola bowling tiap-tiap hari?
Tak.
Ok, macamana pula dengan T-shirt?
Tak jugak.
Ok…macamana dengan bagaimana nak kuruskan badan?
Hmm, mungkin. Mungkin setiap kali dia terpandang cermin… atau setiap kali mengah memanjat tangga!
Jadi saya pun mula buat senarai benda-benda yang mungkin orang dok fikir setiap hari. Dan ini antara senarai yang saya ada:
  • Badan gemuk sangat, rasa tak hensem, tak lawa, dah buhhsan setiap kali nak ambik gambar kena tarik nafas untuk control perut
  • Bagi wanita, nak nampak cantik anggun dan bergaya. Nak juga ‘merasai’ perasaan kalau orang terpikat lagi (walaupun bukan berniat nak memikat)
  • Bagi ibu-bapa, mereka tiap-tiap hari pikir pasal anak mereka (pendidikan, kecomelan, kesihatan, dll)
  • Apa nak makan hari ni..
  • Masalah hutang, takda duit, takda saving
  • Kerja penat, bosan dengan kerja, menyampah dengan boss, sakit hati dengan trafik jam
Anda mesti Jual Apa Yang RAMAI orang Fikirkan dan renungkan Tiap-Tiap Hari!

Rahsia 2: Padankan Produk Power Tersebut Dengan Orang Yang BETUL!

Kalau nak jual ubat kuruskan badan, maka kenalah padankan dengan orang yang ada masalah berat badan. Mana mungkin orang yang dah kurus akan beli.
Kalau nak jual pelaburan emas, kena lah padankan dengan pelabur saham atau unit trust. Kalau dah jenis tak suka melabur tu…memang tak melabur jugak!
Reason dia simple:
Kalau kita cari orang yang memang dah minat nak beli, kita dah tak payah susah-susah nak pujuk untuk beli. Diorang dah percaya dah pun.
Habis tu, macamana nak cari orang yang ada masalah berat badan?
Kat sini kita boleh guna logik akal. Mungkin orang yang ada masalah obesiti suka tengok rancangan realiti TV:  The Biggest Loser kan?
Jadi kita boleh cari diorang dalam Facebook:
Jadi dalam FB, secara kasar ada lebih kurang 36,300 rakyat Malaysia yang mungkin ada masalah berat badan, dan mahu penyelesaian segera.
Langkah seterusnya adalah, menghubungi mereka dengan mesej yang tepat dan sesuai dengan keadaan dan situasi.

Rahsia 3: Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta

Jom Kita Pukul Dia.
Jom Kita TERAJANG Dia.

Ayat mana satu yang lebih tarik perhatian anda?
Words have power.
Setiap perkataan ada nilai sendiri.
“Pukul” – mungkin bernilai RM10.
“TERAJANG” – bernilai RM90!
Perkataan yang nilainya kecil, takkan mendapatkan respons prospek.
Cuba tengok iklan yang hambar, membosankan dan tiada respon ni:

Tapi dengan mesej yang berpengaruh….respon prospek boleh jadi GILA macam ni…
Tapi satu ‘key’ penting adalah, mesej berpengaruh tu… mesti sesuai khas untuk target market yang sangat spesifik.
Contohnya:
Ubat kurus berkesan.
Ubat kurus berkesan untuk lelaki.
Ubat kurus berkesan untuk Eksekutif IT yang selalu bekerja depan komputer.
Jika anda seorang Eksekutif IT, dan anda mengalamai masalah berat badan, dan anda ternampak ketiga-tiga iklan ini … iklan yang mana satu yang anda akan pilih?
Tepuk dada, tanya mesej power.

Rahsia 4: Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli

Saya ni pemalas.
Kebanyakan orang pun, pemalas. Sifat manusia. Pemalas.
Jadi kita kena memudahkan semudah mungkin cara prospek kita nak respon pada iklan kita.
Ramai yang buat kesilapan dengan seribu macam arahan yang mengelirukan:
“Mula-mula, bayar ke akaun bank XYZ. Nombor akaun 133434134234342.
Kemudian, sila isi borang ini. Kemudian, sila bagi bukti pembayaran.
Jangan lupa emailkan sekali semua tu.
Dan kalau nak cepat, SMS <nama> <produk> <alamat> ke 012 xxx xxxx”.
FUH!!!
Banyakknya step!
Mengikut statistik, 90% dari prospek yang memang dah BERNIAT nak beli…tapi bila sampai je part nak kena buat banyak kerja tu… diorang give up. 90% tukar fikiran dan putus asa untuk beli…kerana malas nak ambil terlalu banyak langkah pembelian!
Mudahkan cara prospek anda nak response.
So macamana?
Itulah dia, 4 cara untuk buat orang tak sabar-sabar nak membeli produk anda di Facebook. Boleh buat kan?

… hasilnya amat memberangsangkan….

sumber :   http://www.nasihatniaga.com/bisnesfb/

 

Friday, 20 September 2013

50 IDEA PEMASARAN PERCUMA UNTUK ANDA

50 IDEA PEMASARAN PERCUMA UNTUK ANDA~


Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?


Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.


Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.

Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?

Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

15) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

14) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

13) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

12) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

11) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

10) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

9) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

7) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

6) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

5) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

4) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

3) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

2) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

1) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.



BONUS TAMBAHAN:
35 Lagi Idea Hebat Untuk Pemasaran Luar Biasa


35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.
34)Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada “Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!”, tukarkan kepada “Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!”
33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.
30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. “Terpaksalah” anda kongsikan tentang perniagaan anda.
28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang “low-end” tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa “stay connected” dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang “kewujudan” anda!
25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew “part-time” atau sementara yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
22) Menjual hadiah/ voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
21) Buat sesuatu yang di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.
20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.
19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi “Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!” dan copkan di atas inbois tersebut.
17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.
16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.
13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
12) Fokus untuk memperbaiki staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.
11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.
4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!